Posts

Petua Cinta : Tanda-tanda Wanita Mahu Menjauhi - Scripters

Petua Cinta : Tanda-tanda Wanita Mahu Menjauhi - Scripters

Guide / Panduan | Rawatan & Pemulihan Dadah PENGASIH Malaysia - Therapeutic Community

Guide / Panduan | Rawatan & Pemulihan Dadah PENGASIH Malaysia - Therapeutic Community

Berita Harian Online | Kaji semula guna bas bertingkat di laluan berbukit

Berita Harian Online | Kaji semula guna bas bertingkat di laluan berbukit

Gara-gara Wanita Cantik

Image
Pada masanya, Fudhail bin ‘Iyadh adalah seorang yang paling ‘abid, zuhud, wara’, serta paling mengenal Allah SWT. Sebelumnya, beliau adalah seorang penyamun. Sebab-sebab taubatnya ialah karena pada suatu hari ia tertarik oleh seorang wanita yang sangat cantik. Ketika beliau sedang memanjat tembok rumah wanita itu untuk melepaskan keinginannya terhadap wanita itu, tiba-tiba terdengar olehnya suara orang yang sedang membaca Al-Qur’an yang artinya: “Belumlah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka).” (Al-Hadid, 16). Ayat tersebut menembus hati sanubarinya dan sangat mempengaruhinya, sehingga ia menjadi sedar akan dirinya yang telah terpesong selama ini. Lalu ia berkata,“Oh Tuhan, telah tiba sekarang waktunya.” Ia pun bertaubat dengan setulus-tulusnya. Lalu ia hendak pulang ke rumahnya. Tetapi karena hari telah larut malam, ia pun pergi ke suatu pondok. Tiba-tiba ternampak olehnya serombonga...

Pembantu Rumah vs Majikan

Isu keganasan terhadap pembantu rumah asing, khususnya dari Indonesia kembali menjadi topik hangat di media massa negara. Dahulu, kita dikejutkan dengan kes Nirmala Bonat. Kini, kisah pembantu rumah yang nekad melarikan diri melalui tingkat apartment majikannya kerana didera. Jarang kita lihat negara luar memaparkan kisah-kisah sebegini. Kenapa? Adakah perkara seumpama itu tidak berlaku? Atau media mereka tidak meng'highlight' kan kisah-kisah begitu? Saya tidak tahu punca mengapa kes-kes ini berlaku. Kemungkinan ia berlaku disebabkan kedua-dua belah pihak. Pengalaman kawan-kawan dan saudara-mara yang mempunyai pembantu rumah atau 'maid' ini turut. membuka mata dan fikiran saya, mengapa perkara ini berlaku. Ada ketikanya, sikap pembantu itu sendiri menyusahkan atau memualkan. Semua kerja perlu disuruh dan diberitahu bagaimana, bila, dan sebagainya. Malah, lebih teruk lagi ada yang sengaja tidak mengendahkan permintaan majikan tanpa sebarang sebab, sambil bermalas-malasan...

Restoran Mamak vs Melayu

Masyarakat kita mempunyai pandangan tersendiri mengenai kedai makan mamak dan kedai melayu. Sebut sahaja tentang kedai mamak, ramai yang menunjukkan mimik muka yang 'menggelikan' , khususnya kaum perempuan. Berbeza pula dengan lelaki, yang biasanya lebih gemar memilih kedai mamak berbanding restoran-restoran Melayu. Namun, ada juga golongan perempuan yang gemar ke kedai mamak, dan ada juga lelaki yang tidak suka ke kedai mamak. Bila bercerita tentang kedai makan, sama ada kedai mamak atau kedai melayu, ramai yang menyentuh soal kebersihan. Ramai yang lebih meragui kebersihan di kedai mamak, berbanding kedai melayu. Sedangkan, soal kebersihan ini bukan terletak kepada kedai mamak atau melayu. Ia terletak pada sesiapa sahaja yang mementingkan kebersihan. Ada kedai mamak yang bersih, malah bertaraf hotel 'first class', dan ada juga kedai melayu yang 'hampeh'. Soalnya di sini, saya tidak mahu bercerita tentang kebersihan, tetapi lebih kepada 'service' kedua-...

Sedekah

PROFESOR psikologi dari Universiti Oregon, Ulrich Mayr berpendapat amalan bersedekah mengaktifkan sel-sel otak dan ini akan menjadikan orang yang berbuat demikian berasa seronok. Pandangan itu diterbitkan oleh jurnal Science (2007) yang diketahui oleh ahli akademik sebagai jurnal berpengaruh. Ulrich Mayr juga mendapati bahawa rasa seronok bersedekah itu bolehlah dikatakan sama atau lebih daripada menikmati makanan atau hubungan kelamin. Ini kerana bahagian otak yang teraktif dari amalan tersebut berada di bahagian yang sama untuk menikmati makanan dan juga hubungan kelamin. Selain itu amalan suka bersedekah juga dikaitkan dengan sifat suka menolong orang lain yang juga menjadikan seseorang itu rasa seronok selepas berbuat demikian. Itu sebabnya orang yang menolong selalu keberatan menerima habuan kewangan kerana berasa seronok membantu. Ini dikatakan sebagai sifat altruisme atau bahasa mudahnya ringan tulang. Kajian Ulrich Mayr dan dibantu dua orang pakar ekonomi itu dilakukan ke atas ...