Posts

abcd

Image

Life is short.

Image

Visualizin: Yurt - Kyrgyzstan

Visualizin: Yurt - Kyrgyzstan

Blog Idaman | Welcome to my blog.

Blog Idaman | Welcome to my blog.

YouTube - Kenang daku dalam doamu..wmv

YouTube - Kenang daku dalam doamu..wmv

Ain Parrot

Ain Parrot

Tahun 5050

Tahun 5050

YouTube - Haji 2010.wmv

YouTube - Haji 2010.wmv

Dr Faisal Tehrani: Mereka Sesat?

Dr Faisal Tehrani: Mereka Sesat?

Petua Cinta : Tanda-tanda Wanita Mahu Menjauhi - Scripters

Petua Cinta : Tanda-tanda Wanita Mahu Menjauhi - Scripters

Guide / Panduan | Rawatan & Pemulihan Dadah PENGASIH Malaysia - Therapeutic Community

Guide / Panduan | Rawatan & Pemulihan Dadah PENGASIH Malaysia - Therapeutic Community

Berita Harian Online | Kaji semula guna bas bertingkat di laluan berbukit

Berita Harian Online | Kaji semula guna bas bertingkat di laluan berbukit

Gara-gara Wanita Cantik

Image
Pada masanya, Fudhail bin ‘Iyadh adalah seorang yang paling ‘abid, zuhud, wara’, serta paling mengenal Allah SWT. Sebelumnya, beliau adalah seorang penyamun. Sebab-sebab taubatnya ialah karena pada suatu hari ia tertarik oleh seorang wanita yang sangat cantik. Ketika beliau sedang memanjat tembok rumah wanita itu untuk melepaskan keinginannya terhadap wanita itu, tiba-tiba terdengar olehnya suara orang yang sedang membaca Al-Qur’an yang artinya: “Belumlah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka).” (Al-Hadid, 16). Ayat tersebut menembus hati sanubarinya dan sangat mempengaruhinya, sehingga ia menjadi sedar akan dirinya yang telah terpesong selama ini. Lalu ia berkata,“Oh Tuhan, telah tiba sekarang waktunya.” Ia pun bertaubat dengan setulus-tulusnya. Lalu ia hendak pulang ke rumahnya. Tetapi karena hari telah larut malam, ia pun pergi ke suatu pondok. Tiba-tiba ternampak olehnya serombonga...

Pembantu Rumah vs Majikan

Isu keganasan terhadap pembantu rumah asing, khususnya dari Indonesia kembali menjadi topik hangat di media massa negara. Dahulu, kita dikejutkan dengan kes Nirmala Bonat. Kini, kisah pembantu rumah yang nekad melarikan diri melalui tingkat apartment majikannya kerana didera. Jarang kita lihat negara luar memaparkan kisah-kisah sebegini. Kenapa? Adakah perkara seumpama itu tidak berlaku? Atau media mereka tidak meng'highlight' kan kisah-kisah begitu? Saya tidak tahu punca mengapa kes-kes ini berlaku. Kemungkinan ia berlaku disebabkan kedua-dua belah pihak. Pengalaman kawan-kawan dan saudara-mara yang mempunyai pembantu rumah atau 'maid' ini turut. membuka mata dan fikiran saya, mengapa perkara ini berlaku. Ada ketikanya, sikap pembantu itu sendiri menyusahkan atau memualkan. Semua kerja perlu disuruh dan diberitahu bagaimana, bila, dan sebagainya. Malah, lebih teruk lagi ada yang sengaja tidak mengendahkan permintaan majikan tanpa sebarang sebab, sambil bermalas-malasan...

Restoran Mamak vs Melayu

Masyarakat kita mempunyai pandangan tersendiri mengenai kedai makan mamak dan kedai melayu. Sebut sahaja tentang kedai mamak, ramai yang menunjukkan mimik muka yang 'menggelikan' , khususnya kaum perempuan. Berbeza pula dengan lelaki, yang biasanya lebih gemar memilih kedai mamak berbanding restoran-restoran Melayu. Namun, ada juga golongan perempuan yang gemar ke kedai mamak, dan ada juga lelaki yang tidak suka ke kedai mamak. Bila bercerita tentang kedai makan, sama ada kedai mamak atau kedai melayu, ramai yang menyentuh soal kebersihan. Ramai yang lebih meragui kebersihan di kedai mamak, berbanding kedai melayu. Sedangkan, soal kebersihan ini bukan terletak kepada kedai mamak atau melayu. Ia terletak pada sesiapa sahaja yang mementingkan kebersihan. Ada kedai mamak yang bersih, malah bertaraf hotel 'first class', dan ada juga kedai melayu yang 'hampeh'. Soalnya di sini, saya tidak mahu bercerita tentang kebersihan, tetapi lebih kepada 'service' kedua-...

Sedekah

PROFESOR psikologi dari Universiti Oregon, Ulrich Mayr berpendapat amalan bersedekah mengaktifkan sel-sel otak dan ini akan menjadikan orang yang berbuat demikian berasa seronok. Pandangan itu diterbitkan oleh jurnal Science (2007) yang diketahui oleh ahli akademik sebagai jurnal berpengaruh. Ulrich Mayr juga mendapati bahawa rasa seronok bersedekah itu bolehlah dikatakan sama atau lebih daripada menikmati makanan atau hubungan kelamin. Ini kerana bahagian otak yang teraktif dari amalan tersebut berada di bahagian yang sama untuk menikmati makanan dan juga hubungan kelamin. Selain itu amalan suka bersedekah juga dikaitkan dengan sifat suka menolong orang lain yang juga menjadikan seseorang itu rasa seronok selepas berbuat demikian. Itu sebabnya orang yang menolong selalu keberatan menerima habuan kewangan kerana berasa seronok membantu. Ini dikatakan sebagai sifat altruisme atau bahasa mudahnya ringan tulang. Kajian Ulrich Mayr dan dibantu dua orang pakar ekonomi itu dilakukan ke atas ...

Melayari Internet

Kiriman: Dr. Fathi Yakan pada Selasa, 15 Oktober, 2002 Pendapat Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya. Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat intraktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam. Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud: Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.(an Nisa' 165) Dan firman maksudnya: dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya ...

Pantun aurat

Aurat ditutup mestilah lengkap, Tudung litup termasuk skap, Mini telekong pun orang cakap, Elok dipandang tak payahpun 'make up'. Sekurang-kurangnya berbaju kurung, Lebih elok jubah mengurung, Kaki pula mesti bersarung, Ditumit kaki syaitan bertarung. Kalau wanita menutup aurat, Orang jahat tak berani ngorat, Bahkan boleh menjadi ubat, Orang memandang boleh bertaubat. Pakaian moden memanglah hebat, Harganya mahal walaupun ketat, Walaupun cantik tetapi singkat, Orang memakaipun nampak pusat. Berseluar ketat bajupun ketat, Jarangnya pulak boleh dilihat, Orang yang memakai terus dilaknat, Oleh Allah, Rasul dan Malaikat. Apa yang aneh bila dipandang, Lengan pendek tapi bertudung, Nampak seperti orang yang kudung, Mata terpandang kaki tersandung Lagilah aneh bila di fikir, Baju kebaya tudung berukir, Nampak dada iman terjungkir, Kain terbelah peha terukir. Bila ditanya kenapa begitu, Dia kata fesyennya dah macam tu, Di dalam hati niat tertentu, Menggoda jantan sudahlah tentu. Menutu...

Sardar Jee

Boss: Where were you born? Sardar: India .. Boss: which part? Sardar: What 'which part'? Whole body was born in India 2 sardar were fixing a bomb in a car. Sardar 1: What would you do if the bomb explodes while fixing. Sardar 2: Dont worry, I have one more. Sardar: What is the name of your car? Lady: I forgot the name, but is starts with 'T'. Sardar: Oh, what a strange car, starts with Tea. All cars that I know start with petrol. Sardar joined new job. 1st day he worked till late evening on the computer. Boss was happy and asked what you did till evening. Sardar: Keyboard alphabets were not in order sir, so I made it sequencely.. Museum Administrator: U stupid..That's a 500-year-old statue u've broken!! Sardar: Thanks God!!! I thought it was a new one.. At the scene of an accident a man was crying: O God!! I have lost my hand, oh!! Sardar: Control yourself sir.. Don't cry.. See that man. he has lost his head. Is he crying? Sardar: U cheated me. Shopkeeper: N...

siapakah ahli zikir?

Maksud Firman Allah: “Bertanyalah kepada Ahli Zikir jika kamu tidak ada pengetahuan tentang hal itu.” (An-Nahl:43) Ayat ini menuntut kita untuk merujuk kepada orang yang dikatakan Ahli Zikir dalam memberi jawapan kepada persoalan kehidupan kita. Ayat ini, sesungguhnya, sangat relevan dalam memberi jalan keluar kepada permasalahan sosial yang melanda masyarakat hari ini seperti gejala dadah, seks bebas, rasuah dan vandalisme. Ahli Zikir inilah yang patut menjadi tempat rujuk semua pihak dalam menyelesaikan masalah masyarakat itu. Malangnya, kebanyakan daripada kita merujuk kepada yang bukan ahlinya dan hasilnya masalah tetap tidak selesai-selesai, malah semakin hari semakin bertambah pula. Maka, benarlah kata-kata Rasulullah iaitu: “Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kerosakan yang bakal menimpa.” Siapakah dia Ahli Zikir yang dianjurkan Tuhan agar kita merujuk kepadanya dalam persoalan kehidupan? Ahli Zikir ini bukanlah orang yang duduk-duduk...