Monday, February 14, 2011

Tuesday, January 5, 2010

Gara-gara Wanita Cantik


Pada masanya, Fudhail bin ‘Iyadh adalah seorang yang paling ‘abid, zuhud, wara’, serta paling mengenal Allah SWT.

Sebelumnya, beliau adalah seorang penyamun. Sebab-sebab taubatnya ialah karena pada suatu hari ia tertarik oleh seorang wanita yang sangat cantik. Ketika beliau sedang memanjat tembok rumah wanita itu untuk melepaskan keinginannya terhadap wanita itu, tiba-tiba terdengar olehnya suara orang yang sedang membaca Al-Qur’an yang artinya:
“Belumlah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka).” (Al-Hadid, 16).

Ayat tersebut menembus hati sanubarinya dan sangat mempengaruhinya, sehingga ia menjadi sedar akan dirinya yang telah terpesong selama ini. Lalu ia berkata,“Oh Tuhan, telah tiba sekarang waktunya.” Ia pun bertaubat dengan setulus-tulusnya.

Lalu ia hendak pulang ke rumahnya. Tetapi karena hari telah larut malam, ia pun pergi ke suatu pondok. Tiba-tiba ternampak olehnya serombongan musafir. Sebahagian dari mereka berkata,“Ayo kita berangkat.”

Yang lain menjawab,“Jangan, lebih baik tunggu sampai pagi. Sebab, pada malam-malam seperti inilah Fudhail menjalankan aksinya.”

Mendengar percakapan mereka itu, Fudhail lalu menunjukkan dirinya sambil berkata,“Akulah Fudhail. Tetapi sekarang, aku telah bertaubat dan tidak akan menyamun lagi.”

Banyak ulama memulai tulisannya dengan menceritakan hikayat orang-orang seperti Fudhail ini. Misalnya, Imam Qusyairi. Hal itu disebabkan oleh perbuatan mereka yang semula kurang baik kemudian mereka bertaubat dan menjadi orang yang paling baik. Imam Qusyairi memulai pengajarannya dengan hikayat orang-orang seperti Fudhail ini, dengan harapan semoga murid-muridnya yang dahulunya banyak melakukan dosa tidak menjadi putus asa. Kalau saja ia memulai dengan hikayat orang-orang yang sejak mudanya telah tekun berbuat ibadah, seperti al-Junaid dan Sahal bin Abdullah, maka tentu akan ada yang berkata,“Siapa yang akan dapat menandingi mereka yang tidak pernah melakukan perbuatan dosa?” Oleh karena itu, setiap orang dianjurkan agar tidak mudah berputus asa dari rahmat Allah dan agar berbaik sangka kepada-Nya, sambil mengharapkan taufiq dan hidayah-Ny untuk berbuat taat dan melepaskan diri dari belenggu nafsu syahwat dan kelalaian, sehingga termasuk kedalam golongan orang-orang arif.

"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A265800&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0bleXlJqf

Sunday, December 27, 2009

Pembantu Rumah vs Majikan

Isu keganasan terhadap pembantu rumah asing, khususnya dari Indonesia kembali menjadi topik hangat di media massa negara. Dahulu, kita dikejutkan dengan kes Nirmala Bonat. Kini, kisah pembantu rumah yang nekad melarikan diri melalui tingkat apartment majikannya kerana didera.

Jarang kita lihat negara luar memaparkan kisah-kisah sebegini. Kenapa? Adakah perkara seumpama itu tidak berlaku? Atau media mereka tidak meng'highlight' kan kisah-kisah begitu?

Saya tidak tahu punca mengapa kes-kes ini berlaku. Kemungkinan ia berlaku disebabkan kedua-dua belah pihak. Pengalaman kawan-kawan dan saudara-mara yang mempunyai pembantu rumah atau 'maid' ini turut. membuka mata dan fikiran saya, mengapa perkara ini berlaku.

Ada ketikanya, sikap pembantu itu sendiri menyusahkan atau memualkan. Semua kerja perlu disuruh dan diberitahu bagaimana, bila, dan sebagainya.

Malah, lebih teruk lagi ada yang sengaja tidak mengendahkan permintaan majikan tanpa sebarang sebab, sambil bermalas-malasan di hadapan televisyen. Jika sudah begitu, majikan mana yang boleh tahan? Berniat menukar pembantu, berapa ribu pula diperlukan untuk tujuan itu?

Namun, tidak dinafikan ada pembantu yang cukup baik, dan rajin serta menyenangkan hati. Ada di antara mereka yang begitu cekap menguruskan rumah dan anak-anak yang diamanahkan kepadanya. Tetapi, masalah terletak pula pada majikan itu sendiri.

Perbezaan budaya, adat resam dan bahasa serba sedikit menyumbang kepada salah faham yang berlaku. Lain yang diminta, lain yang diberi. Perkara seumpama itu lazim berlaku apabila membabitkan perbezaan dua buah negara.

Usah kata dua negara, jika berbeza dua negeri di Malaysia inipun boleh menimbulkan salah faham di antara keduanya. Ada ketikanya, kesilapan kecil menjadi begitu besar di mata majikan.

Di sinilah terletaknya tolak ansur antara majikan dan pembantu. Tidak ada manusia yang sempurna. Semua pihak memiliki kelemahan dan kekurangan masing-masing.

Pembantu perlu sedar mereka dibayar upah untuk apa. Tanggungjawab mereka untuk menguruskan rumah dan anak-anak majikan terletak di bahu mereka. Perlu berbesar hati menerima teguran majikan dan sentiasa sedia untuk belajar dan memohon maaf jika melakukan kesilapan.

Dalam masa yang sama, jika mereka cekap menguruskan kerja, sudah tentu majikan tidak mengalami masalah untuk berkongsi segala masalah mereka dan memberi ruang rehat yang secukupnya kepada mereka.

Begitupun majikan juga perlu sedar, pembantu mereka juga adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Mereka bukannya robot yang boleh dikerah setiap masa tanpa henti. Kesilapan kecil mereka tidak wajar diperbesarkan.

Kepada pembantu rumah...cuba renungkan, tujuan anda meninggalkan kampung halaman adalah untuk mencari rezeki dan berusahalah sebaiknya untuk mendapatkan rezeki yang diredhai. Mungkin jika di kampung, anda tidak beroleh pendapatan begini, begitu juga sebaliknya.

Kepada majikan pula, bayangkan diri anda yang sebelum ini terpaksa membuat semua kerja-kerja rumah setelah seharian bekerja ketika tiada pembantu. Sedikit sebanyak, kehadiran pembantu cukup membantu anda dari segi ekonomi, tenaga dan sebagainya. Jika mahu bertukar pembantu, hanya kerana kesilapan kecil, yakinkah anda akan memperolehi pembantu yang lebih baik dari sedia ada? Fikir-fikirkanlah

Restoran Mamak vs Melayu

Masyarakat kita mempunyai pandangan tersendiri mengenai kedai makan mamak dan kedai melayu. Sebut sahaja tentang kedai mamak, ramai yang menunjukkan mimik muka yang 'menggelikan' , khususnya kaum perempuan.

Berbeza pula dengan lelaki, yang biasanya lebih gemar memilih kedai mamak berbanding restoran-restoran Melayu. Namun, ada juga golongan perempuan yang gemar ke kedai mamak, dan ada juga lelaki yang tidak suka ke kedai mamak.

Bila bercerita tentang kedai makan, sama ada kedai mamak atau kedai melayu, ramai yang menyentuh soal kebersihan. Ramai yang lebih meragui kebersihan di kedai mamak, berbanding kedai melayu.

Sedangkan, soal kebersihan ini bukan terletak kepada kedai mamak atau melayu. Ia terletak pada sesiapa sahaja yang mementingkan kebersihan. Ada kedai mamak yang bersih, malah bertaraf hotel 'first class', dan ada juga kedai melayu yang 'hampeh'.

Soalnya di sini, saya tidak mahu bercerita tentang kebersihan, tetapi lebih kepada 'service' kedua-dua pemilik kedai makan tersebut. Saya sendiri bukan lah penggemar kedai mamak, namun selalu juga mengikuti suami yang gemar 'mengeteh' di kedai mamak.

Satu malam, di sebuah kedai Melayu, pelayan restoran mengambil masa hampir setengah jam untuk mengambil pesanan kami. Tidak cukup dengan itu, hampir lena anak lelaki saya yang berusia 3 tahun menunggu makanan.

Seusai menghabiskan hidangan, kami terpaksa menunggu pengusaha kedai mencari wang kecil untuk memulangkan baki.

Aduhai...sudahlah mengambil order lambat, terima makanan lambat, timbul pula masalah wang kecil, yang begitu jarang-jarang berlaku di kedai mamak!

Saya perhati pula di kedai mamak. Jika kepada pelayan A kita order, pelayan yang sama juga menghantar pesanan kita. Jadi jarang berlaku kesilapan apa yang diminta. Malah, jika sudah selalu di kedai itu, mereka sudah tahu apa yang kita inginkan.

Teringat saya kata-kata seorang penceramah ketika menghadiri kursus perkahwinan empat tahun lalu..."Kadang- kadang isteri yang bertahun-tahun berkahwin masih bertanya suami, air apa yang dikehendaki. Sedangkan mamak di kedai, nampak kelibat pelanggan tetapnya, sudah tahu apa yang dicari!"

Adakalanya, bila melihat situasi seperti itu, kita akan sedar mengapa kedai-kedai mamak ini boleh 'hidup' lama, berbanding kedai-kedai melayu. Bukan tidak mahu menolong Melayu, tetapi...bagaimana ya?

Sedekah

PROFESOR psikologi dari Universiti Oregon, Ulrich Mayr berpendapat amalan bersedekah mengaktifkan sel-sel otak dan ini akan menjadikan orang yang berbuat demikian berasa seronok. Pandangan itu diterbitkan oleh jurnal Science (2007) yang diketahui oleh ahli akademik sebagai jurnal berpengaruh.

Ulrich Mayr juga mendapati bahawa rasa seronok bersedekah itu bolehlah dikatakan sama atau lebih daripada menikmati makanan atau hubungan kelamin. Ini kerana bahagian otak yang teraktif dari amalan tersebut berada di bahagian yang sama untuk menikmati makanan dan juga hubungan kelamin.

Selain itu amalan suka bersedekah juga dikaitkan dengan sifat suka menolong orang lain yang juga menjadikan seseorang itu rasa seronok selepas berbuat demikian. Itu sebabnya orang yang menolong selalu keberatan menerima habuan kewangan kerana berasa seronok membantu. Ini dikatakan sebagai sifat altruisme atau bahasa mudahnya ringan tulang.

Kajian Ulrich Mayr dan dibantu dua orang pakar ekonomi itu dilakukan ke atas 19 sukarelawan wanita dan dibekalkan sebanyak AS$100 (RM347). Kemudian pengkaji-pengkaji ini meneliti aktiviti otak dengan menggunakan pengimbas Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI).

Melalui pengimbas canggih itu segala aktiviti otak dapat dikesan dengan mudah dan respons pengesanan adalah amat teliti. Kemudian kesemua wanita ini ditunjukkan bahawa wang mereka telah dimasukkan ke dalam akaun tabung makanan (atau di sini sama seperti akaun zakat).

Apabila wang tersebut disahkan telah diterima, maklumat tersebut segera mengaktifkan bahagian otak untuk rasa seronok. Bahagian-bahagian itu ialah caudate nucleus dan nucleus accumbens yang diketahui sebagai bahagian untuk rasa seronok. Kajian tersebut juga menunjukkan jika sukarelawan itu terpilih untuk mengedarkan wang tersebut, contohnya, menjadi wakil untuk memberikan wang sedekah kepada rumah anak yatim, ia akan meningkatkan lagi rasa seronok.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa bahagian otak yang teraktif itu jugalah bertanggungjawab untuk rasa seronok seperti memakan manisan, hubungan kelamin, perlindungan, dan juga rakan taulan. Ini semua adalah dikaitkan sebagai keperluan asas seorang manusia.

Nabi kita telah memberitahu kita lama dahulu bahawa hanya orang yang banyak bersedekah tahu nikmatnya. Tidak hairanlah penulis pernah melihat pakcik tua pada hari Jumaat pasti bersedekah.

Pakcik tersebut tahu, kita yang muda ini mungkin ada banyak pilihan lain untuk berseronok. Teringat pula kehebatan Umar bersedekah separuh hartanya dan dia rasa seronok; tetapi hebat lagi sedekahnya Abu Bakar yang bersedekah seluruh hartanya. Kita?

Melayari Internet

Kiriman: Dr. Fathi Yakan pada Selasa, 15 Oktober, 2002

Pendapat Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya.

Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat intraktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.

Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud: Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.(an Nisa' 165)
Dan firman maksudnya: dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.(al Baqarah 143).

Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali???.

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya".

Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

1. Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.

2. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.

3. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata. Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.
Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.

Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka&
kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.

Merialisasikan kebersamaan ini sesaorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut dimana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.(hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.

Amin ya rabba al alamin.

Pantun aurat

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Sardar Jee

Boss: Where were you born?
Sardar: India ..
Boss: which part?
Sardar: What 'which part'? Whole body was born in India

2 sardar were fixing a bomb in a car.
Sardar 1: What would you do if the bomb
explodes while fixing.
Sardar 2: Dont worry, I have one more.

Sardar: What is the name of your car?
Lady: I forgot the name, but is starts with 'T'.
Sardar: Oh, what a strange car, starts with Tea. All cars that I know start with petrol.

Sardar joined new job. 1st day he worked till late evening on the computer. Boss was happy and asked what you did till evening.
Sardar: Keyboard alphabets were not in order sir, so I made it sequencely..

Museum Administrator: U stupid..That's a 500-year-old statue u've broken!!
Sardar: Thanks God!!! I thought it was a new one..

At the scene of an accident a man was crying: O God!! I have lost my hand, oh!!
Sardar: Control yourself sir.. Don't cry.. See that man. he has lost his head. Is he crying?

Sardar: U cheated me.
Shopkeeper: No, I sold a good radio to u.
Sardar: Radio label shows Made in Japan but radio says this is ""All India Radio! """

NOW THE LAST TWO ULTIMATE :
In an interview, Interviewer: How does an electric motor run?
Sardar: Dhhuuuurrrrrrrrrr.....Dhhuuuurrrrrrrr......
Inteviewer Shouts: Stop it !!!!!
Sardar: Dhhuuuurrrrrr.. dhup dhup dhup dhup...... Stop ready sir..

Tourist: Whose skeleton is that?
Sardar: An old king's skeleton.
Tourist: Who's that smaller skeleton next to it?
Sardar: That was same king's skeleton when he was a child .

siapakah ahli zikir?

Maksud Firman Allah:
“Bertanyalah kepada Ahli Zikir jika kamu tidak ada pengetahuan tentang hal itu.”
(An-Nahl:43)
Ayat ini menuntut kita untuk merujuk kepada orang yang dikatakan Ahli Zikir dalam memberi jawapan kepada persoalan kehidupan kita. Ayat ini, sesungguhnya, sangat relevan dalam memberi jalan keluar kepada permasalahan sosial yang melanda masyarakat hari ini seperti gejala dadah, seks bebas, rasuah dan vandalisme.
Ahli Zikir inilah yang patut menjadi tempat rujuk semua pihak dalam menyelesaikan masalah masyarakat itu. Malangnya, kebanyakan daripada kita merujuk kepada yang bukan ahlinya dan hasilnya masalah tetap tidak selesai-selesai, malah semakin hari semakin bertambah pula. Maka, benarlah kata-kata Rasulullah iaitu: “Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kerosakan yang bakal menimpa.”
Siapakah dia Ahli Zikir yang dianjurkan Tuhan agar kita merujuk kepadanya dalam persoalan kehidupan?
Ahli Zikir ini bukanlah orang yang duduk-duduk berzikir atau berjalan-jalan dengan membawa tasbih ke sana sini sambil mulutnya kumat-kamit. Benar, mereka itu berzikir tetapi belum lagi boleh diiktiraf sebagai Ahli Zikir. Yang dimaksudkan Ahli Zikir ini ialah orang yang hatinya benar-benar sudah terhubung dengan Tuhan dalam semua hal.
Firman Allah:
Orang-orang yang hatinya terhubung dengan Allah pada waktu berdiri, duduk dan berbaring (Ali-Imran:191)
Apabila hatinya sudah terhubung dengan Tuhan, maka jadilah dia orang kesayangan Tuhan seperti yang digambarkan oleh Tuhan dalam sebuah Hadis Qudsi:
"Amal-amal ibadah fardhu yang Aku wajibkan kepada hamba-Ku yang mereka lakukan untuk mendekatkan dirinya kepada-Ku dan Hamba-Ku itu sentiasa melakukan ibadah-ibadah sunnat untuk mendekatkan diri kepada-Ku hingga Aku mencintainya. Dan apabila Aku mencintainya, maka Aku menjadi telinga baginya untuk mendengar, mata untuk melihat, tangan untuk memegang serta kaki untuk berjalan. Apabila ia meminta kepada-Ku pasti akan Kuberi. Apabila meminta perlindungan kepada-Ku pasti akan Kulindungi."
Inilah dia gambaran orang yang sudah terhubung hati dengan Tuhan atau disebut juga sebagai Ahli Zikir. Oleh yang demikian, bilamana dirujuk kepada Ahli Zikir tentang sesuatu masalah, makanya masalah itu diselesaikan mengikut kehendak Tuhan. Dorongan hatinya adalah dorongan Tuhan. Bilamana dia berbuat, dia berbuat bagi pihak Tuhan. Bilamana dia berpendapat, dia berpendapat bagi pihak Tuhan. Kerana kehendak hatinya sudah selari dengan kehendak Tuhan. Tuhan pasti akan membantunya.

Jurang Kaya & Miskin

Ini adalah sedikit pandangan untuk pemikir bangsa dan negara! Kalaulah mahu merapatkan jurang kaya dan miskin, agar yang kaya tidak terlalu kaya, dan yang miskin tidaklah terlalu miskin, kembalilah kepada ajaran Islam. Iaitu ajaran Islam yang sebenar, yang membawa kepada satu kehidupan masyarakat yang harmoni, si kaya tidak sombong dengan kekayaannya, si miskin redha dengan kemiskinan dan tidak pula meminta-minta. Yang kaya terdorong membantu yang miskin, juga yang miskin bersedia dengan cara yang lain pula untuk membantu yang kaya. Tidak timbul jurang. Tidak timbul persengketaan dan permusuhan. Tidak timbul dengki-mendengki, cemburu-mencemburui hinggakan masyarakat porak-peranda. Tidak juga timbul kecurian dan rompakan pada harta orang kaya. Masing-masing selamat menyelamatkan. Begitulah indahnya kehidupan Islam jika ianya benar-benar dihayati dan diamalkan.

Mana mungkin kita boleh membasmi kemiskinan. Istilah membasmi kemiskinan seolah-olah meletakkan kemiskinan itu pada tahap sifar. Yang boleh hanya kita mengurangkan kadar kemiskinan. Atau meningkatkan paras kemiskinan supaya tidak terlalu jauh dengan paras kekayaan. Kenapa tidak boleh? Sebab miskin kaya itu adalah keadilan Tuhan pada manusia. Kalau semuanya kaya, siapa pula yang nak jadi miskin? Maklumlah orang miskin ini mereka buat kerja-kerja orang miskin. Mana mungkin orang kaya nak buat kerja-kerja orang miskin. Siapa yang nak tanam padi dan siapa pula yang menangkap ikan di laut? Siapa pula yang nak jadi tukang kutip sampah dan orang yang membaiki jalanraya? Dalam masyarakat Islam, orang miskin tetap ada. Orang kaya pun tetap ada. Tinggal lagi Islam ada kaedah untuk mengimbangi kehidupan miskin kaya agar mereka hidup dalam keadaan aman sejahtera dan mendapat keampunan Tuhan.

Apa kaedahnya? Kaedahnya adalah pengagihan. Pengagihan itulah yang penting dalam sebuah masyarakat. Tanpa pengagihan, masyarakat kaya akan menjadi terus kaya, dan mungkin bertambah kaya. Manakala miskin terus miskin hidup melarat dan penuh penderitaan. Orang kaya sepatutnya mengagih-agihkan nikmat kekayaan yang diberi Tuhan kepadanya kepada orang miskin yang susah. Walaupun Islam telah memprogramkan sistem zakat untuk orang kaya mengagihkan kekayaannya itu, tetapi itu sahaja tidak mencukupi. Kenalah orang kaya melebarkan lagi pengagihan itu. Pemimpin negara mahupun masyarakat kenalah memikirkan soal pengagihan ini agar ianya benar-benar berlaku dalam sesuatu wilayah atau kawasan.

Pengagihan ini pula hanya boleh berlaku, jika orang-orang kaya sudah terbangun insaniahnya. Mana mungkin orang kaya mudah-mudah mahu melepaskan kekayaan mereka untuk diagih-agihkan kepada orang miskin jika orang kaya tidak terbangun insaniahnya. Itulah sebabnya kenalah orang-orang kaya itu dididik insaniahnya sehingga mereka cinta dan takut Tuhan. Kenalah sifat cinta dunia mereka digantikan dengan cinta Tuhan. Bila sudah hilang cinta dunia, barulah mudah sahaja bagi orang kaya mengagihkan kekayaan kerana Tuhan, untuk Tuhan. Sebab kekayaan itu sudah tidak masuk ke dalam hati mereka. Seperkara lagi, bila sudah cinta Tuhan, otomatik akan timbul rasa cinta sesama manusia. Timbul dalam hati orang kaya rasa cinta kepada orang miskin. Mahu membela dan menolong orang miskin. Jadi berlumba-lumbalah mereka untuk membantu orang miskin atas dasar cinta mereka kepada sesama manusia terutama kepada orang miskin. Lagi, bila sudah cinta Tuhan, akan datang takut kepadaNya. Takut kalau-kalau nikmat Tuhan yang didapati mereka tidak disalahgunakan. Takut kalau-kalau harta yang melimpah ruah menjadi persoalan yang berat di akhirat. Jadi, atas dasar takut Tuhan inilah mereka tanpa berlengah-lengah mahu menggunakan nikmat Tuhan di jalan yang benar. Kesedaran ini timbul setelah mereka faham nikmat kekayaan yang Tuhan bagi bukan sahaja untuk mereka, tetapi untuk diagih-agihkan kepada manusia lain. Tuhan hanya jadikan mereka sebagai saluran kepada masyarakat. Begitu sekali mereka diberi faham, hasil dari mereka mendapat rasa cinta dan takut Tuhan.

Penciptaan Adam dan Hawa

Sebutlah tentang "cinta" atau "hubb" nescaya tiada siapa yang tidak mengetahui tentangnya. Ia merupakan kalimah yang telah sedia maklum di kalangan pemuda dan pemudi sekarang, malah mereka mungkin dapat menghuraikannya dengan panjang lebar jika ditanya kepada mereka.

Cinta merupakan satu perasaan yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada setiap makhluk ciptaan-Nya. Mana mungkin manusia di muka bumi ini hidup tanpa memiliki walau secebis pun perasaan ini. Ini kerana cinta merupakan fitrah bagi setiap manusia. Cinta yang betul adalah yang disalurkan kepada yang berhak. Sudah pastilah yang berhak mengecapi cinta setiap insan ini adalah kedua ibu bapa mereka. Walau bagaimana pun ini tidaklah menafikan cinta pada yang paling berhak iaitu cinta kepada Allah dan rasul-Nya.

Sesetengah orang di luar sana mungkin menganggap apabila kita bercakap mengenai agama maka tidak ada sesuatu pun yang bernama cinta. Fahaman ini sememangnya bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Islam sendiri. Seperti apa yang kita semua ketahui,cinta ini bermula semenjak permulaan kehidupan lagi iaitu bermula daripada penciptaan Adam as. Nabi Adam as selepas diciptakan dan tinggal di syurga, dia merasakan seolah-olah ada sesuatu kekurangan. Oleh itu Allah swt telah menciptakan buatnya Hawa' daripada tulang rusuknya sendiri sewaktu dia sedang tidur.

Apabila dia terjaga dari tidurnya, dia mendapati ada seseorang berdekatan dengannya. Kemudian Nabi Adam as bertanya: Siapa kamu? Jawabnya: Aku seorang perempuan. Siapa nama kamu? Hawa'. Untuk apa kau diciptakan? Supaya engkau merasa aman dan tenang (litaskunu ilaiyya).

Jelas daripada perbualan Adam as ini bahawa setiap "adam" di dunia ini sehinggalah hari kiamat tidak akan ada ketenangan dan keamanan bagi mereka melainkan berada di sisi "hawa".

Namun pelik sekali apabila kita membaca beberapa kitab yang memandang "hawa" dengan pandangan yang zalim. Mereka memandang wanita seolah-olah mereka bukanlah daripada jenis insan malah mereka meletakan martabat wanita serendah-rendah martabat. Malah ada juga yang berpendapat bahawa mereka adalah penyebab kepada kemaksiatan yang dilakukan oleh Adam as sehingga dihalau keluar dari syurga. Namun hakikatnya Al-Quran selamanya tidak mengatakan begitu malah meletakkan kedua-duanya dalam martabat dan tanggungjawab yang sama.

Firman Allah swt: "Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini melainkan (kerana ia tidak suka) kamu berdua menjadi Malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga)"." (Al-A'raf:20)

Jelas daripada ayat tersebut bahawa syaitan tidaklah menghasut Hawa seorang bahkan kedua-duanya dan disebabkan itulah kedua-duanya diturunkan ke muka bumi setelah diusir dari syurga.

Diriwatkan selepas diusir dari syurga, maka Nabi Adam as telah diturunkan di Hind, manakala Hawa' pula diturunkan di Jeddah. Ada juga yang mengatakan bahawa Adam as mencari Hawa' sehinggalah mereka berdua bertemu di "Jabal Arafah". Apabila diamati kita akan dapati bahawa kedudukan Arafah berdekatan dengan Jeddah dan amat jauh dengan Hind. Ini menunjukkan bahawa Adam as telah banyak mengharungi penat lelah dalam pencariannya untuk menemui Hawa'.

Apabila kita imbas kembali tentang penciptaan Hawa' daripada rusuk Adam as ketika beliau sedang tidur dan tidak ketika beliau sedang berjaga, ini menunjukkan seolah-olah Adam as ketika itu berada di luar kawalan tubuh badannya. Walaubagaimanapun, menariknya di sini apabila kaum Hawa' melahirkan anak, mereka berada dalam keadaan sedar. Oleh itu sesetengah orang berpendapat bahawa kaum Hawa' mempunyai perasaan yang kuat berbanding kaum Adam, ini kerana mereka mampu menahan dan menanggung sakitnya pembedahan dan proses kelahiran tersebut walaupun mereka berada dalam keadaan sedar. Adapun Adam as tidak berada dalam keadaan sedar melainkan setelah sempurna dan selesai penciptaan Hawa'.

Dari sudut lain pula, Adam dijadikan daripada tanah dan Hawa' dijadikan daripada tulang rusuk Adam iaitu daripada benda yang hidup. Oleh itu kita akan mendapati pergaulan ataupun kerja seharian kaum Adam di dunia ini banyak tertumpu ke arah sesuatu yang diciptakan untuknya sama ada dia akan menjadi seorang peniaga, mekanik, petani atau selainnya. Semuanya berlegar sekitar pergaulannya bersama bumi ini. Sebaliknya, kaum Hawa' pula pergaulan mereka lebih banyak tertumpu kepada ruhi, iaitu manusia. Mereka akan dididik dan menjadi ibu atau isteri atau anak yang solehah. Disebabkan itulah mereka dinamakan "Hawa'" kerana mereka dicipta daripada kehidupan.

Subhanallah, Maha Suci Allah yang menciptakan setiap sesuatu. Setiap yang diciptakan-Nya semuanya mengandungi hikmah dan rahsia yang tersembunyi. Apabila makin banyak kita mengetahui tentang sesuatu perkara, maka kita akan dapat merasakan bahawa sebenarnya sangat banyak perkara yang kita tidak ketahui di sebalik setiap penciptaan Allah swt. Oleh kerana itu Allah telah bersabda dalam hadis Qudsi bahawa kajilah tentang apa yang Aku ciptakan dan bukan pada zat-Ku.

Jika Masih Belum Berpunya


Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? Atau mengikut nafsu semata. Maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.


Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.


‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah.’’

Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.


Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah. Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Waallahu’alam…

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia."

Contohilah Mak Cik Ini

Pada suatu pagi yang hening di satu hujung minggu selepas solah subuh, seperti biasa saya bersama-sama isteri beriadhah dengan membuat ”morning walk” di kawasan perumahan tempat saya tinggal. Agak susah juga isteri saya ni nak ikut, maklumlah kami masih ada anak kecil yang perlukan perhatian. Namun selepas beberapa ”pesuasion” barulah beliau nak ikut saya beriadhah.

Ketika kami melalui sebuah tempat di deretan beberapa buah kedai tiba-tiba saya terpandang seorang perempuan tua yang sedang berjalan seorang diri. Di tangannya terdapat sebatang kayu seperti sebuah tongkat tetapi tidak di gunakan. Badannya agak bongkok tetapi masih ”slim”. Tidak nampak padanya tanda-tanda kesakitan atau kepenatan.Saya berkata kepada isteri saya ”Eh, kuat juga mak cik ni berjalan”, isteri saya menjawab ”Yaa...lah”.

Entah kenapa tiba-tiba saya merapati beliau lalu memberi salam kepadanya, ”Assalamualaikum, mak cik”. Beliau tidak menjawab tetapi sebaliknya merenung muka saya, mungkin terkejut agaknya. Saya rasa gelabah juga. Saya melemparkan senyuman kepada beliau lalu beliau membalas senyuman saya. Hah, lega hati saya, manalah tahu takut-takut dia marah atau menjerit ke, sudah tentu susah saya di buatnya. Tiba-tiba beliau berkata ”Ini nenek, dah tua dah , nampak je sihat tapi dah tua. Cucu pun dah ramai. Macam nilah mak cik tiap-tiap hari dok berjalan pagi-pagi. Ini nanti nak beli sarapan sikit kat depan restoran tu” Begitulah ucapan beliau yang menunjukkan seperti lorat utara. ”Mak cik duduk mana? Saya bertanya lagi. ”Fasa 7 sana, rumah anak mak cik. Depa tidur lagi. Mak cik asal Sg Petani”, jawab beliau. Untuk meringkaskan cerita saya meneruskan pertanyaan beberapa soalan,lalu beliau dengan senang hati menjawab ”Nama Mak cik Hajah Fatimah Sham, umuk Mak cik dah 76 tahun. Alhamdulillah sehingga kini mak cik tak dak apa-apa sakit, masih sihat, cuma sound Mak cik ni saja agak kurang sikit. Mak cik jalan tiap-tiap hari.......dan seterusnya. Selepas beberapa ketika saya sudah tidak mahu menggangu perjalanan dia lalu saya bertanya soalan terakhir, ”Apa petua Mak cik selama ini”, beliau dengan wajah penuh bersemangat berkata ”Sebenarnya petua Mak Cik senang je :-

1. Mak Cik banyak HAFAL ayat-ayat Al Quran spt Yasin, Al Mulk, Juzuk Amma dan lain-lain
2. Mak cik baca 6 BISMILLAH setiap hari (saya tidak pasti apa maksud beliau ini)
3. Mak cik hanya makan nasi 4 HARI SEKALI. Hari-hari lain Mak cik makan quaker oats dan lain-lain. Yang minyak-minyak memang Mak cik kurang.”

Tergamam juga saya dengar ceramah Mak cik ini. Dalam hati saya ”matilah aku kalau hanya makan nasi 4 hari sekali. Mana tahan” Saya pandang muka isteri saya, dia tersenyum je, mungkin dia tahu apa yang bermain dalam fikiran saya. Kami kemudian meninggalkan Mak cik tersebut dan meneruskan perjalanan sambil masing2 tak terkata apa-apa, mungkin memikirkan cerita makan nasi tadi.

Akhirnya saya memecahkan kesunyian lalu berkata kepada isteri saya ”Kalaulah semua wanita mengikut petua Mak cik ni, dah tentu banyak kerja-kerja dakwah boleh dijalankan. Ini dak, umur 40 je masing-masing dah gaduh sakit pingganglah, lenguhlah dan lain-lain”. Saya lihat muka isteri saya serius je, mungkin marah agaknya kerana di rasakan saya cuba nak sindir dia. Hai Sekali-sekala bergurau di hujung minggu dengan isteri.

Salam


Welcome

Cuban Mambo